PENGENALAN
Komputer
adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan
sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu
menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah
sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat
menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan
untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input,
lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga
berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang.
Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia
mempunyai kelajuan (speed), kebolehpercayaan
(reliability), keupayaan storan (storage capability),
produktiviti (productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos.
Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat
menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan
keputusannya tepat.
SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER
Sejarah
penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh
komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik,
kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah
memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan
darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan
Yunani.
Blaise Pascal merupakan seorang ahli
saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun
1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama mengikut
prinsip persepuluhan.
George Boole adalah seorang ahli
matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep
logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan
asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
Charles Babbage dilahirkan pada 1792,
merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The Difference
Engine” yang boleh
menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu
penciptaan mesin lain iaitu “Analytical
Engine” yang diharapkan
dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak
sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer
pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor,
unit kawalan dan peranti output.
Augusta Ada Byron membantu Charles
Babbage dalam membina
arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical
Engine”. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan
menggunakan “Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau
juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan
apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat
yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan
banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat
diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin Babbagemenggunakan
kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin
elektromekanikal yang digelar MARK
I. Dengan terhasilnya MARK
I maka bermulalah komputer era
moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan
pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan
panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang
kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian
yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya
daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik
ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika
membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah
merujuk kepada hasil kerja Dr.
John Atanasoff dan
pembantunya Clifford Berry.Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital
yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan
komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator
And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang
dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC
I iaitu komputer pertama yang
diperdagangkan secara komersil.
PERMULAAN ERA KOMPUTER
Dari
zaman dahulu hingga sekarang sudah wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa
lebih kurang 40 tahun.
GENERASI PERTAMA (1951 - 1958)
Pada
tahun 1937-1938 Dr. John
V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry telah
merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer
tersebut digelar ABC(Atanasoff-Berry
Computer). Manakala John
W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator) pada
tahun 1945. ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan
300 pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat
yang dinamakan Spery Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC I(Universal Automatic
Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan komputer pertama yang
digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan secara meluas oleh Biro
Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC
I berfungsi menggunakan tiub
vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk memproses dan menyimpan
maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini
juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan
dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1 (bahasa
peringkat rendah). Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini
adalah diantara 8000 hingga 20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula
dilaksanakan dalam “microseconds”
GENERASI KEDUA (1959 - 1961)
Komputer
generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu peranti kecil yang memindahkan
signal elektrik melalui resistor bagi menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas. Transistor adalah singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang
dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan
transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada komputer generasi
pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih
kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan
tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama.
Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN (1954) dan COBOL (1959). Manakala keupayaan storannya
terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan bekas cakera
yang boleh digerakkan (removable
disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam“microseconds”.
GENERASI KETIGA (1965 - 1970)
Komputer
pada generasi ini pula telah menggunakan litar
bersepadu iaitu litar
elektrik yang mengandungi cip
silikon yang sangat kecil
bagi menggantikan transistor. Harga cip yang murah menyebabkan perkembangan alat elektronik yang
pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer ini bercirikan litar
bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip silikon yanf sangat kecil
terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah, padat dan lebih
dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer
menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh
mengamalkan konsep multiprogramming dan multiprocessing iaitu beberapa aturcara boleh
dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini meningkatkan
keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktifdiperkenalkan di mana
pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini menyebabkan
industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama
seperti "full size
system" tetapi ia lebih
kecil, perlahan dan lebih murah.
GENERASI KEEMPAT (1971 - Sekarang)
Semenjak
tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai. Generasi keempat
ini merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan untuk membina ingatan
dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk membangunkan teknologi yang
seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang digelar mikropemproses (microprocessor).Mikropemproses
mengantikan litar bersepadu.
Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai
mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971.
Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM yang menggunakan cip Intel 80286, cip Intel 80386,
cip Intel 80486 (mengandungi
1.2 juta transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya
melaksanakan 15 juta arahan per saat). Cip
Intel Pentium (mengandungi
3.1 juta transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5 juta
transistor yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro MMX, Cyrix, AMD, Pentium II dan lain-lain lagi. Antara
ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih
kecil, penggunaan tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan bersama
dengan beberapa bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus meningkat ke 1
juta hingga 50 juta aksara dan pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds” Saiz
komputer sekarang adalah 100 kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi
pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.
GENERASI KELIMA
Komputer
generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum
diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh
beberapa negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana
negara Jepun merupakan negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat
mereka adalah untuk membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan
(artificial intelligence), sistem pakar (expert sistem), robotik dan
sebagainya. Saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil sementara daya
ingatan dalamannya terus meningkat dengan pesat.
PENGELASAN KOMPUTER
Pengelesan
komputer adalah mengikut kepada ukuran fizikal dan keupayaannya iaitu, seperti
superkomputer, komputer kerangka utama, Mini komputer dan mikrokomputer.
SUPERKOMPUTER
Superkomputer atau nama lainnya kerangka utama yang besar.
Perkembangannya terhad kepada beberapa ratus unit sahaja di seluruh dunia. Ini
kerana harganya yang amat mahal. Superkomputer mempunyai unit pemprosesan pusat
yang kompleks dengan keupayaan yang sangat pantas. Ia juga boleh memproses
berbillion arahan per saat (BIPS).
Ia digunakan khas bagi menyelesailkan masalah saintifik yang rumit dan canggih,
contohnya CRAY I, CRAY II, CRAY III, dan CDC CYBER205.
KOMPUTER KERANGKA UTAMA
Komputer Kerangka Utama yang pertama diperkenalkan sejak tahun 40-an adalah seperti UNIVAC, IBM 360, dan lain-lain lagi.
Komputer jenis ini kebanyakannya dimiliki oleh organisasi yang besar dan pusat
pengajian tinggi. Ia juga bersaiz besar dan berkeupayaan memproses sejumlah
data yang banyak dengan pantas dan tepat, berupaya memproses data pada kelajuan
yang tinggi dan berjuta-juta arahan per saat (MIPS). Ia juga membenarkan
komputer dikongsi oleh beratus-ratus pengguna pada satu masa.
MINI KOMPUTER
Mini Komputer pula adalah lebih
perlahan, berkeupayaan storan yang kurang dan lebih murah daripada komputer
kerangka utama. Kebanyakannya dimiliki oleh gedung perniagaan, jabatan
awam/swasta dan institut pengajian tinggi. Mini Komputer juga menggunakan
konsep multiprogramming dan multiprocessing.
Contohnya adalah seperti HP
3000, SEQUENT dan lain-lain lagi.
MIKRO KOMPUTER
Mikrokomputer atau Komputer peribadi pula mempunyai saiz yang kecil seperti
desktop atau laptop. Ia diperkenalkan buat kali pertama pada pertengahan tahun
1970-an. Mikropemproses adalah menjadi asas bagi mikrokomputer. Penggunaan
mikrokomputer semakin meluas. Supermikro atau stesen kerja (workstation) telah diperkenalkan. Ia merupakan
sambungan di antara mikrokomputer dan mini komputer yang berkeupayaan
menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.
0 komentar:
Posting Komentar